MASJID TERAPUNG

Kuala Ibai,Kuala Terengganu

Masjid yang lebih dikenali dengan panggilan Masjid Terapung ini sebenarnya diberi nama Masjid Tengku Tengah Zaharah sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu , Al-Marhum Sultan Mahmud terletak kira-kira 7 km dari bandar, mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di negara ini..more>>

PULAU PERHENTIAN

Besut, Terengganu

Pulau paling menarik di Malaysia. Terdapat dua pulau yang sering dikunjungi pelancong iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Keistimewaan kedua-dua pulau ini ialah pantai yang bersih dan airnya jernih. Mereka yang ingin ke pulau ini boleh menetap di Perhentian Island Resort.

RANTAU ABANG

Dungun, Terengganu

Satu lagi tempat yang sepatutnya termasuk di dalam jadual percutian pelancong ialah Rantau Abang yang terletak 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di sini, pelawat boleh menunggu dari tengah malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran yang tidak mungkin dapat dilupakan pelawat.

MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Kampung Bukit Losong, Terengganu

Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu. Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam.

PASAR PAYANG

Jalan Sultan Zainal Abidin, Terengganu

Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.


Terengganu. Negeri seluas 12,955 km persegi dengan penduduk seramai lebih satu juta ini bersempadan dengan Kelantan di utara dan Pahang di selatan. Bandar ibu negerinya ialah Kuala Terengganu.


Persisir pantai Terengganu yang menjalar panjang, dari Besut di utara hingga ke Kemaman di selatan, dengan teluk-teluk kecil yang terlindung dan pokok-pokok kelapa yang melambai ditiup angin. Kebanyakan pantainya lebar dan melandai ke laut, dipukul ombal Laut China Selatan yang berbuih putih.

Pulau-pulau di luar pantai Terengganu yang dikelilingi air jernih dan hidupan laut membentuk sebahagian daripada taman laut yang dilindungi. Lautan yang terbentang luas, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah membolehkan pulau-pulau ini diibaratkan sebagai syurga tropika.

Terengganu kaya dengan warisan seni dan budaya yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas, seperti yang dapat dilihat daripada gerak tari lemah gemalai dan muziknya yang mengasyikkan.

Selain itu, Terengganu juga terkenal dengan industri kraftangan tradisional seperti membuat songket, batik, perhiasan tembaga dan anyaman pandan yang diwarisi sejak 2,000 tahun dahulu.

Di samping itu, jangan lepaskan peluang untuk meninjau pasar malam yang diadakan setiap malam di tempat-tempat berlainan di seluruh Terengganu. Membeli-belah di pasar malam adalah sebahagian daripada budaya hidup masyarakat tempatan. Ia juga memberi peluang kepada pelawat untuk merasai makanan dan buah-buahan tempatan.

0 Response to "Permata Pantai Timur"

Catat Ulasan